BMW Motorrad Perancis lancar F 900 R Shifter Edition, F 900 XR & F 800 GS Touring Edition

17

Segmen motosikal kelas middleweight semakin meriah dengan kehadiran beberapa pendatang baharu, dan BMW Motorrad tidak mahu ketinggalan jauh di belakang.

Untuk pasaran Perancis, BMW Motorrad baharu sahaja melancarkan tiga model edisi khas baharu, iaitu F 900 R Shifter Edition, F 900 XR dan juga F 800 GS Touring Edition.

Honda

Untuk F 900 R Shifter Edition, BMW Motorrad membawakan ciri Shift Assist Pro (nama lain bagi quickshifter) bagi membolehkan penunggang menikmati pengedaran kuasa 105 hp penuh (atau 95 hp untuk pemegang lesen A2).

Tidak cukup dengan itu, jentera ini diberikan liveri biru metalik, jaminan tiga tahun dan harga jualan yang lebih rendah, bermula dari €8,500 (RM40,730).

Jentera F 900 XR pula dikemaskini dengan warna baharu Racing Red Uni, lengkap dengan jaminan selama tiga tahun dan harga jualan bermula dari €10,900 (RM52,231).

Untuk makluman, harga jualan asal F 900 XR bermula dari €12,200 (RM58,460).

Beralih kepada F 800 GS Touring Edition, motosikal touring tersebut didatangkan dengan warna Lightwite Uni, serta pakej Touring Pack yang merangkumi pemanas grip bar hendal, pelindung tangan, serta lampu suluhan tinggi PRO.

Tidak ketinggalan, terdapat pemasangan cagak pannier untuk membolehkan pemilik memasang kotak storan sebelum memulakan perjalanan.

F 800 GS Touring Edition dijual pada harga €10,425 (RM49,955), lebih murah berbanding harga asal €11,000 (RM52,710).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here