
Kalau di Amerika Syarikat ada Harley-Davidson, manakala di China, mereka mempunyai X-Wedge. Mesti anda tidak pernah mendengarnya betul?
X-Wedge ialah jenama motosikal baharu yang menampilkan enjin V-Twin berkapasiti besar. Ia adalah jenama motosikal baharu berasal di negara China di bawah naungan Hisun Motors.
Enjin V-Twin berkapasiti besar itu dibangunkan oleh S&S Cycle, sebuah syarikat terkenal dari Wisconsin, Amerika Syarikat. Sebenarnya, enjin itu pada asalnya direka sebagai komponen selepas pasaran untuk peminat motosikal berkapasiti besar di Amerika.
Berdasarkan spesifiksinya, rangkaian kuasa konfigurasi V-Twin pada sudut 56 darjah bersesaran 1,976cc itu boleh menghasilkan kuasa 103hp pada 5,000 rpm dan tork 158Nm pada 3,000 rpm.
Rekaan KISKA
Reka bentuk X-Wedge adalah gabungan antara gaya klasik Amerika dengan sentuhan moden yang sangat menarik.
Namun rekaan itu bukannya biasa-biasa, kerana ia menerima sentuhan daripada KISKA, iaitu sebuah syarikat reka bentuk yang turut menghasilkan KTM dan juga Husqvarna.
Bagi pasaran Malaysia pula, MForce Bike Holdings Sdn Bhd bakal membawa masuk motosikal itu ke pasaran tempatan pada tahun ini.
Empat model X-Wedge ini bakal masuk Malaysia membabitkan:
-
Ranger RX2000
-
Rover RL2000
-
Vanguard VT2000
-
Walker WR1000
Bagi model Walker WR1000, ia menggunakan enjin V-Twin 975 cc sejukan cecair dengan kuasa 80 hp pada 7,500 rpm dan daya kilas 80 Nm pada 5,500 rpm.
Jenama premium ini dijangka akan membuat kemunculan di pasaran Malaysia sekitar Julai atau Ogos ini. Berita pengumuman itu, dibuat ketika media permotoran Malaysia melawat ke Kilang Hisun Motors di China, baru-baru ini.
Buat masa ini, tiada pengumuman harga dibuat. Namun, apa yang diberikan gambaran bahawa motosikal itu akan dijual pada harga yang lebih murah dan mampu milik!
Dijangka, empat pusat pameran X-Wedge akan dibuka di Malaysia membabitkan:
- Pulau Pinang
- Kuala Lumpur
- Johor
- Sabah
@motoqar MForce bakal membawa masuk jenama baru model motosikal X-Wedge ke pasaran Malaysia pada tahun ini.