Tempahan slot berganda tidak lagi dibenarkan bermula Isnin depan

83
gambar hiasan

Puspakom tidak lagi membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda (multiple slots) bagi nombor pendaftaran yang sama, berkuatkuasa Isnin depan.

Ia antara penambahbaikan yang dilakukan Kementerian Pengangkutan (MOT) susulan aduan orang ramai berkenaan waktu menunggu giliran yang panjang dan kesesakan di beberapa cawangan Puspakom.

Honda

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah ‘runner’ yang didapati menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain demi keuntungan.

“Sebagai contoh, jika kenderaan dengan nombor pendaftaran ABC123 membuat empat tempahan slot pemeriksaan pada tarikh sama, hanya satu slot akan dibenarkan.

“Puspakom juga akan menambah baik sistem tempahan dengan membekukan slot pemeriksaan asal jika ia ditunda ke tarikh lain bagi mengelakkan slot asal disalahgunakan atau dijual kepada pihak lain,” katanya.

Tambah beliau, semua cawangan Puspakom kecuali Langkawi dan Pekan pula akan beroperasi 12 jam sehari sepanjang Mac ini dengan penambahan empat jam sehari.

“Puspakom beroperasi pada hari Sabtu sepanjang Mac di semua cawangan kecuali Langkawi dan Pekan,” jelasnya.

Anthony Loke berkata, langkah-langkah berkenaan mampu menambah kapasiti sehingga 15,500 kenderaan sehari berbanding 13,500 sebelumnya.

Selain itu katanya, MOT juga akan memperkenalkan konsep deklarasi kendiri (self declaration) terhadap beberapa item pemeriksaan yang tidak melibatkan aspek keselamatan bagi kelonggaran pemeriksaan mandatori.

“Lima item yang dikenal pasti adalah tanda badan kenderaan (body lettering), tanda had laju (speed sign), kit bantuan kecemasan (first aid kit), nombor pendaftaran dan keadaan tempat duduk penumpang bagi kenderaan perkhidmatan awam,” ujarnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here