Tiada lagi model wagon baharu, kata CEO Volvo

13
Volvo V60

Para peminat wagon harus menerima hakikat tiada lagi model wagon baharu Volvo yang akan muncul selepas ini, memandangkan jenama itu akan menumpukan perhatian kepada sedan dan SUV.

Menurut laporan AutoExpress UK, CEO Volvo Jim Rowan mengesahkan beliau dapat menerima masa depan Volvo tanpa sebarang kereta wagon tradisional.

Honda

“Ya, kerana saya fikir (pasaran) telah berubah, kan?”

“Adalah mahal untuk membawakan model berbeza untuk pasaran, dan mengekalkan model-model tersebut di dalam pasaran. Jadi, kami harus membuat pilihan: daripada menghasilkan model V90 (baharu) sebagai contoh, bukankah lebih baik kami memposisikan kereta tersebut dengan cara yang berbeza?”

Rowan membayangkan strategi Volvo untuk menggunakan populariti SUV bagi menawarkan pakej yang sebelum ini wujud pada model wagon, seperti Black Edition dan Cross Country.

“Ia lebih murah, dan lebih menjimatkan kos bagi kami untuk memacu volum yang lebih tinggi menerusi platform dan bentuk faktor yang sama,” ujarnya lagi.

Berita ini muncul beberapa minggu selepas pengarah komersial Volvo UK, Robert Deane mengakui adalah satu kesilapan bagi pihaknya untuk menghentikan jualan model V60 dan V90 pada tahun 2023, sebelum mengembalikannya semula tahun lepas.

“Apabila anda memberitahu pelanggan runcit (model wagon) tidak lagi ditawarkan, mereka akan pergi dan mendapatkan model (jenama lain),” jelasnya.

Rowan menegaskan, “Kami sedang membuat pilihan yang wajar tentang di mana kami mahu bermain permainan ini. Bezanya, SUV kami lebih selamat dan menawarkan jarak kelegaan tanah yang baik – dan kami fikir kami dapat melindungi kekuatan ini menentang pesaing.

“Ia lebih mudah bagi kami daripada terus terganggu dengan kehadiran terlalu banyak model kenderaan.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here