Kenapa pengeluar kereta benci lampu Pop-Up? Ini sebabnya

38

Jika melihat kenderaan lampu pop-up, ia boleh dianggap paling canggih pada era zamannya, selain tambah elemen misteri dan aerodinamik serta beri gaya agresif serta futuristik.

Ini beberapa model terakhir yang masih menggunakan lampu pop-up dalam industri automotif. Ia membabitkan beberapa model keluaran bermula tahun 2002 seperti Mazda RX-7 FD, Ferrari F355, Lotus Esprit dan Chevrolet Corvette C5.

Honda

Namun pada 2004, tiada lagi pengeluar yang menghasilkan kereta dengan lampu pop-u dan menjadikannya teknologi itu pupus selama-lamanya!

Bagaimanapun, satu persoalan yang selalu bermain di fikiran peminat automotif. Kenapa lampu pop-up sudah tiada dalam reka bentuk kereta moden? 

Ini beberapa sebab dan faktor utama yang menyebabkan lampu pop-up pupus dari dunia automotif.

1. Peraturan Keselamatan Pejalan Kaki

Keselamatan pejalan kaki menjadi salah satu keutamaan dalam industri automotif. Negara terutama di Eropah dan Jepun, mereka memperkenalkan undang-undang keselamatan pejalan kaki yang lebih ketat.

Berikutan itu, lampu pop-up dianggap berbahaya kerana ia mempunyai permukaan keras yang boleh mencederakan pejalan kaki sekiranya berlaku perlanggaran.

Oleh itu, banyak pengeluar tidak dapat memenuhi standard keselamatan jika mereka masih menggunakan reka bentuk itu. Kereta yang gagal mematuhi standard itu tidak boleh dijual di pasaran utama seperti Eropah dan Jepun. Ia adalah pasaran terbesar untuk menjual kenderaan. Pada masa sama, Malaysia turut berkiblat standard keselamatan daripada Eropah.

2. Aerodinamik Dan Kecekapan Bahan Api 

Sebelum ini, lampu pop-up dilihat sebagai satu elemen aerodinamik apabila tertutup, ia menjadikan badan kereta menjadi lebih licin serta boleh mengurangkan rintangan angin.

Bagaimanapun, apabila lampu dinaikkan, ia menambahkan lagi rintangan angin dan menjadikan kereta kurang aerodinamik. Ia menyebabkan penggunaan bahan api meningkat kerana enjin perlu bekerja lebih keras untuk melawan rintangan angin.

3. Kos Pembuatan Dan Penyelenggaraan 

Masalah utama lampu pop-up adalah memerlukan bahagian mekanikal bergerak yang lebih mahal untuk dihasilkan dan dipasang.

Pada masa sama, lebih banyak komponen elektrik dan motor boleh rosak dalam jangka masa panjang menjadikan penyelenggaraan lebih mahal.

4. Kemajuan Teknologi Lampu

Pengenalan lampu pop-up adalah untuk menyembunyikan lampu bulat besar yang tidak estetik. Namun pada hari ini, teknologi lampu moden sudah jauh lebih maju dengan penggunaan lampu LED atau Laser yang rekaan yang lebih menarik serta agresif.

Ia boleh dilihat berapa kenderaan seperti Nissan 400Z, Lamborghini Huracan dan Audi R8 yang semua mempunyai lampu LED yang tajam dan moden dengan memberikan gaya sport.

Jadi, tiada lagi keperluan untuk lampu pop-up, kerana industri sudah bergerak ke arah teknologi yang lebih baik dan efisien.

5. Lampu Pop-Up Ketinggalan Zaman

Kita tidak boleh menafikan bahawa trend reka bentuk kereta berubah mengikut zaman.

Dulu, lampu pop-up memberikan identiti eksklusif kepada kereta sport dan supercar. Tetapi hari ini, reka bentuk beralih kepada minimalisme dan aerodinamik yang menjuruskan lampu lebih nipis dan agresif

Realitinya, lampu pop-up sudah menjadi sejarah dalam industri automotif moden. Jadi model-model lama yang memiliki ciri itu, mempunyai nilai yang tersendiri dan masih diminati oleh peminat kereta klasik!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here