Honda Super Cub C125 “The Craftpiece”, warna putih merah elegan!

10

Honda Motorcycle Thailand menerusi CUB House melancarkan motosikal Super Cub C125 edisi terhad “The Craftpiece” yang menampilkan gandingan warna dua tona yang elegan.

Dua warna yang dimaksudkan itu ialah Original White yang melambangkan kemewahan diikuti dengan warna Artisan Red yang dikhususkan untuk pelana berkembar.

Honda

Super Cub C125 edisi khas ini masih lagi mengekalkan elemen rekaan klasik moden, seperti lampu utama LED berbentuk bulat, “S-Shape Design” yang diinspirasikan daripada rekaan asal tahun 1958 serta meter kluster analog digital berbentuk bulat.

Dari segi kuasa, Super Cub C125 dijana dengan enjin silinder tunggal sejukan udara menghasilkan 9.5 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 10.4 Nm @ 5,000 rpm.

Tiada sebarang tanda harga diumumkan untuk model edisi istimewa ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here