Tandas tersumbat, pesawat Air India terpaksa patah balik

11

Sebuah penerbangan Air India terpaksa berpatah balik minggu lalu gara-gara sistem tandas yang tersumbat, lapor Agensi seperti yang dipetik oleh Sinar Harian.

Penerbangan AI126 yang membawa 342 penumpang dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) menuju ke New Delhi itu sempat terbang selama 10 jam sebelum insiden tersebut berlaku.

Honda

Rakaman peristiwa itu turut menjadi tular di media sosial dan menjadi topik perdebatan dalam kalangan warganet yang mempersoalkan etika ketika menggunakan tandas.

Kira-kira dua jam selepas berada di ruang udara, kru penerbangan mendakwa beberapa tandas tidak boleh digunakan.

Pemeriksaan yang dilakukan mereka mendapati lapan daripada 12 tandas di kelas perniagaan dan ekonomi tersumbat dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kesemua penumpang.

Juruterbang kemudiannya memutuskan untuk berpatah balik demi keselamatan penumpang ketika penerbangan itu sudah pun berada di ruang udara Lautan Atlantik berhampiran Greenland.

Sekatan ketat melibatkan operasi pada waktu malam di sebahagian besar lapangan terbang Eropah menyebabkan ia tiada pilihan lain dan terpaksa kembali ke Chicago.

Kesemua penumpang dan kru selamat tiba di bandar di daerah Cook, Illinois berkenaan dan diberi pilihan penerbangan alternatif.

Penyelenggaran dibuat Air India berjaya menemukan beg politena, kain buruk dan pakaian yang tersangkut pada saluran paip tandas pesawat itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here