Kanak-kanak perempuan hilang 45 minit dibawa lari pencuri kereta

20

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak sulungnya berusia enam tahun dilarikan hampir 45 minit setelah keretanya dipercayai dicuri seorang lelaki dalam kejadian di sebuah taska di Setia Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian pada 6.55 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun sedang menghantar anak keduanya di sebuah tadika dan meninggalkan anak sulung yang sedang tidur di dalam kereta, dengan enjin masih hidup dan tidak berkunci.

Honda

Beliau berkata keadaan menjadi kelam-kabut apabila mangsa yang juga seorang guru tadika, menyedari keretanya tiada dengan kanak-kanak perempuan itu masih berada dalam kereta berkenaan setelah selesai menghantar anak keduanya.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian ini pada 7.06 pagi. Susulan itu usaha mengesan kereta mangsa giat dijalankan dan dengan bantuan orang awam, berjaya dijumpai semula pada 7.45 pagi.

“Anak mangsa juga dijumpai semula dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan bersama kereta yang dicuri berdekatan kawasan perumahan jenis pangsapuri yang jaraknya lebih kurang dua kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu pada Khamis.

Mohd Iqbal berkata siasatan awal mendapati suspek seorang warga tempatan dipercayai berniat untuk mencuri kenderaan tersebut namun terkejut selepas mendengar tangisan anak mangsa lalu memberhentikan kereta tersebut sebelum melarikan diri.

“Suspek juga bertindak mengambil beg tangan milik mangsa yang mengandungi kad bank, dokumen pengenalan diri serta dua unit telefon bimbit bernilai lebih kurang RM2,000,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Khamsia Hung Mei Shuang di talian 016-8119560.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here