
Seorang pemilik Mercedes G-Class berkongsi pengalaman buruk selepas mendapatkan perkhidmatan di sebuah pakar semburan cat di Kuala Lumpur.
Â
Belle Lam menerusi akaun Facebook miliknya menyatakan telah membayar caj semburan cat berjumlah RM11,000.
Â

Â
“Janji selesai dalam dua minggu tetapi akhirnya jadi empat minggu dengan hasil kerja yang teruk.
Â
“Pemandu saya minta untuk lakukan touch up tetapi boss kedai beritahu memang macam itu,” jelasnya.
Â
Tambahnya, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dia mengunjungi kedai tersebut untuk berbincang dengan pemilik kedai dan berkongsi video kejadian.
Â
“Dia (pemilik kedai) beritahu bahawa saya tidak faham lalu saya keluarkan telefon dan mula merekod,” jelasnya.
Â
Belle Lam menyatakan pihak kedai mengenakan caj semburan cat sebanyak RM11,000 namun dia menyedari bahagian pelindung tayar simpanan di bahagian belakang tidak dicat.Â
Â
Dia mendakwa pihak kedai mengenakan caj tambahan RM450 bagi mengecat komponen tersebut.
Â
“Dia tidak cat bahagian penutup tayar tersebut dan hendak caj tambahan RM450 walaupun saya dah bayar RM11,000.
Â
“Saya bayar terlalu cepat akhirnya servis macam ini saya dapat,” jelasnya di bahagian komen.
Â
Walaupun salah seorang pengguna media sosial menyatakan hasil kerja akhir tersebut kelihatan bagus namun Belle Lam menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan jika dilihat dengan lebih dekat dan secara langsung hasil kerja tidak memuaskan.Â
PERMOHONAN MAAF PIHAK KEDAI
Menerusi tinjauan, pihak kedai meninggalkan komen permohonan maaf atas kesulitan dan perkhidmatan yang diberikan kakitangan mereka.
Â
“Kami sedia maklum bahawa servis yang ditawarkan mungkin mengecewakan atau menyusahkan pelanggan dan kami amat menyesalinya.
“Kami memohon maaf atas kegagalan untuk berkomunikasi secara bersemuka ketika perkhidmatan, yang membawa kepada salah faham maklumat dan pengalaman yang tidak menyenangkan.
Â
“Kami akan lakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Pada masa yang sama, kami sedar bahawa kekurangan dalam proses perkhidmatan menyebabkan anda mengalami masalah yang tidak perlu,” tulisnya.Â
ARTIKEL LAIN
Â