Kawasaki Ninja 1100SX pun dah ada kamera dashcam!

15

Peredaran zaman dan perubahan teknologi yang agak pantas menyebabkan banyak model motosikal buatan Jepun ketinggalan dari segi spesifikasi, berbanding motosikal buatan China.

Jika anda perasan, ciri seperti pemanas bar hendal dan kamera perakam tunggangan kini sudah menjadi satu kelaziman untuk motosikal bersesaran rendah dan pertengahan.

Honda

Tidak mahu terus ketinggalan, Kawasaki Jepun mengemas kini penawaran jentera Ninja 1100SX untuk model tahun 2025 dengan membawakan ciri yang disebutkan itu tadi.

Cuma, agak menjengkelkan apabila posisi pemasangan kamera tersebut tidak dikemaskan dengan rapi, menampakkan ia hasil kerja daripada pihak ketiga dan bukan daripada pihak Kawasaki itu sendiri.

Selain daripada kamera dashcam, sport-tourer ini turut mendapat peningkatan sesaran enjin, daripada 1,043 cc kepada 1,098 cc.

Ini menjadikan kuasa kuda ‘menurun’ kepada 134 hp pada 9,000 rpm berbanding 139 hp pada 10,000 rpm, namun daya kilas dilaporkan meningkat.

Kawasaki juga turut menyemak semula gigi gear ke-5 dan ke-6, siste kemasukan dan penukaran gear pantas yang mampu beroperasi pada putaran enjin serendah 1,500 rpm.

Untuk model SE, Ninja 1100SX diberikan brek Brembo, penyerap hentak Ohlins di belakang, pemanas grip bar hendal, rotor brek belakang yang lebih besar, serta slot pengecasan USB-C.

Bantuan elektronik yang wujud pada jentera ini termasuklah sistem pengukuran inersia (IMU), Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Intelligent Anti-Brake System (KIBS), kawalan jelajah, serta pemilihan mod kuasa dan mod tunggangan.

Di Jepun, Kawasaki Ninja 1100SX dijual pada harga bermula dari 1,771,000 yen (RM53,177).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here