Modenas lancar Ninjar 500 dan 500 SE, harga mula RM28,100

40

Modenas rasmi memperkenalkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE ke pasaran tempatan pada harga cadangan :

  • Ninja 500 : RM28,100
  • Ninja 500 SE : RM30,100

MODENAS NINJA 500

Direka untuk segmen sukan ringan, Ninja 500 didatangkan dengan satu pilihan warna badan, hitam. Ia menawarkan keseimbangan ideal antara prestasi, kelincahan, dan keselesaan untuk kegunaan harian.

Honda

Ninja 500 dilengkapi dengan enjin selari berkembar yang dibangunkan baharu, casis ringan berasaskan model 250cc dan reka bentuk ergonomik yang mesra penunggang. 

Informasi ringkas Modenas Ninja 500:

  • Rekaan baharu enjin selari berkembar 500cc untuk penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.
  • Casis ringan yang diilhamkan daripada platform Kawasaki 250cc bagi meningkatkan pengendalian.
  • Lampu LED untuk pencahayaan lebih baik dan gaya moden.
  • Kesambungan telefon pintar untuk akses mudah kepada data tunggangan

MODENAS NINJA 500 SE

Bagi penunggang yang mahukan teknologi termaju, Ninja 500 SE menawarkan teknologi yang dipertingkatkan, kemudahan tambahan, serta pengalaman tunggangan yang lebih maju.

Ciri tambahan bagi varian SE :

  • Port USB Type-C untuk pengecasan peranti ketika dalam perjalanan.
  • KIPASS (Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System) untuk kemudahan sistem kunci tanpa sentuhan.
  • Paparan TFT berwarna penuh yang memastikan keterlihatan tinggi dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

Kedua-dua sportbike dijana oleh enjin 451cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 33.4kW @ 9,000rpm dan tork 42.6Nm @ 6,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here