Chery Malaysia kembang perniagaan di Borneo, buka empat bilik pameran baharu

7

Chery Malaysia mengukuhkan kehadirannya di Malaysia Timur dengan pembukaan empat bilik pameran baharu di Sabah dan Sarawak. 

Ia adalah untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada pelanggan serta memastikan perkhidmatan selepas jualan berkualiti tinggi dapat dinikmati pemilik kenderaan Chery di kawasan berkenaan.

Honda

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, pengembangan itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk meluaskan lagi rangkaiannya di seluruh negara.

Menurutnya, adanya lebih banyak bilik pameran dan pusat servis, pelanggan di Sabah dan Sarawak akan dapat menikmati pengalaman jualan dan perkhidmatan yang lebih lancar dan menyeluruh.

Antara bilik pameran yang baru dibuka termasuk:

Chery Sandakan

Chery Tawau

Chery Miri

Bilik pameran butik Chery di Imago Mall, Kota Kinabalu

Setiap lokasi ini direka untuk memenuhi keperluan pelanggan, dengan bilik pameran yang moden serta pusat servis yang lengkap bagi memastikan kepuasan maksimum kepada pemilik kenderaan Chery.

Di Chery Sandakan, pelanggan boleh mendapatkan pengalaman jualan yang eksklusif dengan waktu operasi yang fleksibel.

Chery Tawau pula menawarkan pusat 3S yang menyediakan perkhidmatan jualan, servis, dan alat ganti dalam satu lokasi yang lebih luas, lengkap dengan ruang servis yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah.

Chery Miri pula adalah pusat 3S yang lebih besar memberikan kemudahan tambahan kepada pemilik kenderaan Chery di Sarawak.

Bilik pameran butik di Imago Mall memberikan pendekatan yang berbeza dalam pengalaman pembelian kenderaan, membolehkan pelanggan meneroka model Chery dengan lebih mudah dalam suasana pusat beli-belah. 

Chery Malaysia turut mensasarkan untuk mencapai 65 bilik pameran di seluruh Malaysia menjelang 2025, menunjukkan pertumbuhan yang pesat dalam industri automotif negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here