
Toyota dikritik kerana tidak serius dalam penawaran kenderaan elektrik bateri (BEV). Bayangkan, Toyota hanya mempunyai bZ4X untuk ditawarkan.
Hakikatnya, Toyota menumpukan kepada strategi Multi-Pathway dalam elektrifikasi yang merangkumi BEV, hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV) dan sel bahan api hidrogen (FCEV).
Toyota biasanya melangkah secara bertahap dan kini semakin laju.
Menjelang akhir 2025, Toyota akan menawarkan rangkaian model baharu dan dipertingkatkan merangkumi segmen utama di pasaran Eropah:
- B-SUV (SUV kompak)
- C-SUV (SUV saiz pertengahan)
- D-SUV (SUV lebih besar)
Semua model baharu akan menampilkan ciri utama DNA BEV Toyota, termasuk:
- Rekaan dan praktikaliti SUV sebenar
- Kecekapan tenaga yang tinggi
- Pilihan pacuan semua roda (AWD) → Pilihan
- Ketahanan dan kebolehpercayaan tinggi
Satu lagi yang menarik dan mengukuhkan kenapa jenama ini boleh diharap ialah Program Penjagaan Bateri Toyota.
Program ini menawarkan perlindungan tahunan sehingga 10 tahun atau 1 juta kilometer, tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan bateri tahunan.
Untuk 2025, Toyota menawarkan bZ4X yang dipertingkat, SUV segmen B Urban Cruiser dan SUV segmen C baharu C-HR+.
Di China, Toyota sudah pun memperkenalkan SUV bZ3X dan menerima sambutan hangat.
Toyota bZ4X – Ditingkatkan untuk 2025
Model BEV pertama Toyota, bZ4X, menerima peningkatan ketara untuk tahun 2025.
Peningkatan utama:
- Dua pilihan bateri: 57.7 kWh & 73.1 kWh
- Motor elektrik lebih berkuasa: Sehingga 343 DIN hp (252 kW)
- Pilihan pengecas terbina dalam 22 kW untuk pengecasan AC lebih pantas
- Pra-pemanasan bateri untuk pengecasan lebih pantas
- Perancangan laluan pintar melalui kemas kini perisian
Toyota Urban Cruiser – SUV Kompak & Serbaguna
Urban Cruiser ialah SUV elektrik kompak yang dibangunkan daripada Urban SUV Concept 2023 dan hasil kerjasama dengan Suzuki.
Ciri utama:
- Reka bentuk kompak dengan tempat duduk belakang boleh laras untuk ruang kaki lebih luas
- Dua pilihan bateri: 49 kWj & 61 kWj (teknologi lithium-iron phosphate)
- Pilihan pacuan roda hadapan (FWD) atau semua roda (AWD)
Toyota C-HR+, Tampil Menyerlah
Toyota C-HR+ ialah SUV elektrik segmen C. Walaupun berkongsi nama, C-HR+ berbeza daripada C-HR.
Ciri utama:
- Rekaan coupe ikonik dengan badan unik untuk BEV
- Ruang dalaman premium dengan 416 liter ruang kargo
- Dua pilihan bateri: 57.7 kWj & 77 kWj
- Kuasa antara 167 hingga 343 DIN hp
- Pilihan AWD untuk kawalan lebih stabil → Pilihan
Toyota bZ3X – SUV Elektrik Mampu Milik untuk Pasaran China
Toyota bZ3X ialah model SUV elektrik khas untuk pasaran China yang dibangunkan bersama GAC-Toyota dan diasaskan dari GAC Aion V.
Spesifikasi utama:
- Dimensi: Panjang 4,600 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,600 mm, jarak roda 2,765 mm
- Motor Elektrik: Pacuan roda hadapan (FWD) dengan kuasa 150 kW atau 165 kW
- Bateri & Jarak Pemanduan:
- 50.0 kWh – Sehingga 430 km (CLTC)
- 58.4 kWh – Sehingga 520 km (CLTC)
- 67.9 kWh – Sehingga 610 km (CLTC)
- Teknologi Pemanduan:
- Sistem ADAS Momenta 5.0
- Pilihan LiDAR Robosense untuk fungsi NOA (Navigate on Autopilot) → Pilihan
- Harga: Bermula dari 109,800 yuan (RM67,450)
Perancangan Masa Depan & Teknologi Bateri Generasi Baharu
Menjelang 2026, Toyota merancang untuk memperkenalkan 6 BEV baharu.
Model tersebut menggunakan strategi penamaan yang lebih konvensional untuk memudahkan pengenalan jenama kepada pelanggan.
Toyota juga akan meneroka penggunaan teknologi BEV dalam kategori kenderaan lain, termasuk konsep Land Cruiser Se yang dipamerkan di Japan Mobility Show 2023.
Inovasi Bateri Generasi Akan Datang
Selain kenderaan Toyota juga memberi perhatian pada bateri yang memainkan peranan penting dan kritikal untuk BEV.
Bateri keadaan pepejal (solid state) berpotensi merevolusikan prestasi kenderaan elektrik.
Bateri ini dikatakan mempunyai kepadatan tenaga lebih tinggi dan masa pengecasan lebih pantas.
Toyota bZ4X
Toyota Urban Cruiser
Toyota C-HR+
Toyota bZ3X
Toyota BEV