Hanya satu di Malaysia dan Asia Tenggara, Bugatti Bolide catat masa terpantas 2.07 minit di SIC

221
Hypercar khas kegunaan litar, Bugatti Bolide pertama kali diumumkan di Perhimpunan Sukan Pemotoran, The Quail, California pada Ogos 2021.
 
Penghantaran hypercar pada harga mula GBP 4 juta (RM23 juta) itu bermula awal tahun lalu yang mana hanya terhad 40 unit seluruh dunia.

 
 
Baru-baru ini, pengumpul kereta, JP Chin membawakan satu-satunya Bolide bukan hanya di Malaysia bahkan Asia Tenggara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 
 
Pemilik ke 39 Bolide itu membawa hypercar tersebut dari Singapura sempena promosi  acara Perlumbaan Ketahanan 12 Jam Sepang Motul.
 
Pihak JPM Collection turut menjalankan ujian demo Bolide yang dipandu pelumba legenda Jazeman Jaafar.
@jpm_collection 𝗥𝗔𝗪. 𝗕𝗹𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗹𝘆 𝗳𝗮𝘀𝘁. Limited to just 3 laps due to time constraints, @jazemanjaafar, winner of the Motul @sepangcircuit 12Hours 2025, pushed the Bugatti Bolide to an impressive 𝟮:𝟬𝟳.𝟮𝟲𝟲 at Sepang—hitting a 𝘁𝗼𝗽 𝘀𝗽𝗲𝗲𝗱 𝗼𝗳 𝟯𝟭𝟬 𝗸𝗺/𝗵. In an ideal time attack run, we believe it could be around 𝟭:𝟱𝟬 range or lower. Should we come back and have a proper, all-out run? 😉 #bugatti #bugattibolide #jpmcollection #jpmmuseo #w16 #sepangcircuit #sepangtimeattack #rawonboard #fyp ♬ original sound – JPM Collection

Juara 12 Jam Sepang itu menguji Bolide sebanyak tiga pusingan dengan rekod masa terpantas 2.07 minit dan mencecah kelajuan 310kmj.
 
Bagaimanapun, ia bukanlah kelajuan maksimum Bolide yang mana di atas kertas hypercar itu boleh mencapai 501kmj dengan keupayaan membrek 6 saat dan jarak 228 meter.
 
Susulan jalan lurus SIC yang terhad meminimumkan keupayaan Bolide untuk mencapai kelajuan maksimum dan kekangan masa pusingan pemanduan.
 

JPM Collection percaya dengan masa yang ideal, Bolide mampu merekodkan catatan masa 1.50 minit atau lebih rendah.

Di atas kertas, Bugatti menyatakan pecutan 0-100kmj mengambil masa 2.2 saat manakala 200kmj (5.4 saat) dan 300kmj (11.5 saat).

Bugatti Bolide menggabungkan ciri enjin W16 seperti model Chiron dan badan yang ringkas untuk menghasilkan downforce maksimum.

Secara keseluruhan, dengan enjin W16 8 liter quad turbo yang telah dimodifikasi, Bolide mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,825hp dan tork 1,850Nm.

Berat kering Bolide hanya 1,240kg, jadi hypercar ini mampu memberikan prestasi setanding jentera Formula 1.

Untuk menjadikan Bolide lebih ringan, Bugatti menggunakan beberapa komponen seperti skru dengan elemen titanium, brek seramik dan kemasan gentian karbon pada casis monokok dan beberapa komponen lain.

ARTIKEL LAIN

Bugatti Bolide guna brek karbon terbesar Brembo

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here