Volvo EX90: SUV elektrik 7 tempat duduk bakal lancar di Malaysia, harga kira-kira RM450,000

7

Volvo Car Malaysia membuka tempahan untuk Volvo EX90 dan XC90 baharu, dua model SUV tujuh tempat duduk yang bakal menyertai rangkaian model elektrifikasi Volvo.

Malaysia adalah antara pasaran pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan Volvo EX90 selepas pelancarannya di Thailand tahun lalu. 

Honda
Honda

Untuk pasaran tempatan, harga runcit bagi kedua-dua model ini dijangka sekitar RM450,000, dengan perincian mengenai varian dan spesifikasi akan diumumkan kemudian.

Model Elektrik Sepenuhnya Pertama Volvo 7 Tempat Duduk

Volvo EX90 ialah model elektrik sepenuhnya pertama Volvo dengan konfigurasi tujuh tempat duduk untuk pasaran global. 

Sebagai SUV paling premium Volvo, ia menetapkan penanda aras baharu dengan seni bina pengkomputeran teras, teknologi keselamatan terkini di dalam dan luar kenderaan, serta keupayaan perisian yang akan terus berkembang sepanjang pemilikan.

Selain itu, Volvo EX90 menawarkan keseimbangan antara kemewahan dan keupayaan, dengan jarak pemanduan elektrik melebihi 600km, pecutan dari 0-100km/j dalam masa kurang lima saat, sistem audio Bowers & Wilkins High Fidelity, serta keselesaan tujuh tempat duduk sebenar. 

Tempat Duduk Boleh Dilipat Secara Automatik

Tempat duduknya juga boleh dilipat secara automatik untuk memberikan lebih ruang kargo dengan hanya satu sentuhan butang.

Bagi pelanggan yang mahukan pilihan plug-in hybrid, XC90 baharu hadir sebagai SUV ikonik yang mempunyai warisan daripada SUV pertama Volvo.

Model XC90 baharu ini menampilkan perubahan besar pertama sejak generasi semasa diperkenalkan 10 tahun lalu, dengan reka bentuk yang diperbaharui dan antara muka pengguna yang lebih moden. Ia memberikan lebih keserupaan dengan model elektrik sepenuhnya Volvo.

Baik Volvo EX90 mahupun XC90 baharu, kedua-duanya adalah kenderaan elektrik – yang dalam definisi Volvo Cars, merujuk kepada model dengan kabel pengecasan. Volvo Cars komited dalam menawarkan model elektrifikasi sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran kemampanan dan pelepasan sifar bersih dalam operasinya di peringkat global menjelang tahun 2040.

Model BEV Dan PHEV Mewakili Lebih 80 Peratus Jualan

Sementara itu, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Chris Wailes berkata, dengan pelancaran Volvo EX90 dan XC90 baharu dalam masa terdekat ini, pihaknya akan terus maju ke arah sasaran global untuk mencapai 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi sebelum akhir dekad ini.

Menurutnya, tahun lalu, model BEV dan PHEV kami sudah pun mewakili lebih 80 peratus daripada jumlah jualan.

“EX90 merupakan tambahan menarik dalam portfolio BEV kami, khusus buat pemilik yang memerlukan lebih ruang, kemewahan, keselesaan dan teknologi dalam sebuah SUV elektrik sepenuhnya.

“Pada masa yang sama, EX90 melengkapkan XC90 baharu yang telah diberi nafas baharu sebagai model terbaik Volvo – dengan komitmen keselamatan tanpa kompromi bagi memberikan kebebasan bergerak,” katanya.

GALERI GAMBAR:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here