
adidas dan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas melancarkan koleksi pertama mereka, menandakan permulaan era baharu dalam dunia sukan permotoran.
Direka berasaskan prinsip prestasi dan kecemerlangan, koleksi pertama untuk atlet dan peminat, membawakan gaya segar ke padok, menggabungkan elemen sukan serta budaya F1.
Selain itu, pemilihan warna hitam, putih, serta paduan warna teal ikonik Pasukan F1 Mercedes-AMG PetronasS bukan sahaja menyatukan pasukan, tetapi mengeratkan hubungan mereka dengan peminat.
Koleksi itu menggabungkan elemen gaya serta fungsi membabitkan:
-
Pakaian pemandu: Pakaian padok yang direka khas untuk pemandu Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas, George Russell dan Kimi Antonelli. Rekaan ini membawakan gaya utama sukan dan prestasi dengan memahami keperluan pemandu. Pakaian itu diperbuat daripada fabrik ringan dengan teknologi AEROREADY bagi membantu mereka kekal fokus dan tenang dalam situasi tegang.
-
Mekanik: Menyedari sifat fizikal tugas mereka, adidas dan Pasukan F1 Mercedes-AMG Petronas memberi tumpuan kepada penghasilan produk tahan lasak dan fleksibel, sesuai dengan tugas menyelenggara jentera dan memastikan mereka kekal tenang dalam apa jua keadaan. Keunikannya dapat dilihat pada reka bentuk baju mekanik, yang direka khas untuk memaksimumkan mobiliti dengan fabrik ringan serta dilengkapi corak reflektif pada bahagian depan dan belakang bagi meningkatkan keterlihatan.
-
Jurutera: Sebagai individu yang memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan pada saat genting. Jurutera memerlukan pakaian yang menggabungkan elemen gaya hidup dan teknologi prestasi dengan rekaan tradisional yang sinonim dengan arkitek pasukan. Koleksi ini menampilkan baju polo yang diperbuat daripada fabrik ringan dengan corak teknikal bagi menggantikan baju putih klasik.
-
Pakaian peminat: Koleksi pakaian peminat dan pemandu turut diperkenalkan, memberikan pelbagai cara untuk peminat menggayakan sokongan mereka kepada pasukan. Pilihan yang ditawarkan termasuk pakaian lounge, hoodie, baju dan t-shirt, serta pakaian peminat edisi pemandu yang akan diperkenalkan pada hujung tahun ini.
Bagi menyempurnakan koleksi ini, adidas turut menawarkan kasut sukan edisi khas. Menampilkan reka bentuk kasut larian yang ikonik, Ultraboost 5 dan Supernova masing-masing memberikan prestasi dan keselesaan tambahan di padok.
Kasut sneaker adiracer dan Feroza yang ikonik mengukuhkan lagi sokongan peminat, sama ada di dalam mahu pun di luar litar perlumbaan.
Koleksi ini disempurnakan dengan pilihan topi gaya hidup dan teknikal yang membolehkan peminat berasa lebih dekat lagi dengan pasukan kegemaran mereka.
Pakaian peminat dan pasukan adidas x F1 Mercedes-AMG Petronas boleh didapati di Pusat Jenama adidas, secara dalam talian di www.adidas.com.my/motorsport dan butik adidas terpilih