Pakcik Norhamidi masih pilih Honda CR-V ganti kereta hangus terbakar

22

Semalam, Motoqar melaporkan pihak Founder Misi mengunjungi Norhamidi Noor, 57 bagi menggantikan Honda CR-V generasi kedua miliknya yang hangus terbakar.

Menerusi video terkini, Founder Misi membawa peniaga kuih raya tersebut ke pusat jualan kenderaan terpakai untuk memilih kereta baru agar dia kembali dapat berniaga. 

Honda

Seolah bertemu kembali dengan kereta lamanya, Norhamidi masih setia dengan Honda CR-V yang digunakan sebelum ini.

“Saya bawa pakcik ke sini, tetapi pakcik masih pilih kereta yang sama, macam jumpa balik famili,” kata Founder Misi.

Sebelum membeli SUV tersebut, Pengasas Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi meminta bantuan pihak bengkel untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan kondisi kereta tersebut dalam keadaan baik dan bebas daripada risiko kebakaran. 

Menurut wakil bengkel berkenaan, SUV tersebut tiada sejarah kemalangan dan enjin serta kereta berada dalam keadaan baik. 

“Kalau baik saya cakap baik, kalau tak baik saya cakap tak baik, walaupun mileage tinggi tapi dia (pemilik) jaga. Kereta ini free accident,” kata pemuda bengkel tersebut. 

Selepas mendapatkan pengesahan pemeriksaan, di akhir video sebelum Norhamidi membawa pulang CR-V tersebut Nur Ahmad Faiz melakukan transaksi pembayaran SUV tersebut berharga RM14,890.

Menurutnya, wang yang digunakan untuk membeli kereta itu merupakan hasil perniagaan Misi sendiri tanpa sumbangan atau sedekah daripada orang awam, meskipun ramai yang menawarkan bantuan.

“Alhamdulillah saya juga rasa bersyukur dapat jalankan semua kebaikan ni dengan duit perniagaan Misi sendiri tanpa buka sumbangan.
 
“Walaupun ramai yang minta buka tabung sebab nak sedekah bersama-sama.. tapi saya lebih gembira apabila anda menjadi pengguna food delivery misi,” tulisnya pada kapsyen video.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here