Orang tengah kaut untung hingga RM750 tempah slot temu janji di Puspakom

35

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman mendedahkan terdapat orang tengah atau runner mengaut keuntungan hingga RM750 dengan menjual satu slot tempahan janji temu kepada pihak ketiga.

Mahmood Razak berkata modus operandi atau taktik yang digunakan orang tengah berkenaan adalah dengan menggunakan nombor casis kenderaan yang sama namun mempunyai nombor pendaftaran (nombor plat) berlainan bagi mendapatkan slot tempahan yang banyak.

Honda

Beliau berkata setiap satu slot janji temu di Puspkom hanya ditetapkan pada RM3.50 tetapi dengan taktik tersebut, orang tengah berkenaan mampu menjualnya hingga RM750.

“Siasatan mash dilakukan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kita sedang teliti, siapa dan mengapa mereka melakukannya dan akan panggil (orang tengah itu),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Puspakom tidak lagi membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran sama untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh orang tengah dengan menjual slot pemeriksaan kepada pihak lain untuk keuntungan berlebihan.

Sementara itu, Aedy Fadly pada sidang media selepas itu berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melihat tindakan yang boleh diambil kepada orang tengah yang terlibat.

“Kita cuba dapatkan runner tersebut tetapi buat masa sekarang semua saluran kita ada dan (mereka) tidak dapat hubungi. Jadi kita cuba dapatkan kaedah lain,” katanya.

ARTIKEL LAIN

Tempahan slot berganda tidak lagi dibenarkan bermula Isnin depan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here