
Selepas kemalangan di litar, sebuah lagi Xiaomi SU7 Ultra terlibat dalam kecelakaan di jalan raya awam, Guangzhou melibatkan dua kereta mewah.
Insiden itu berlaku difahamkan berpunca daripada tabiat buruk pemanduan warga China.

Kemalangan Xiaomi SU7 Ultra itu menarik perhatian warga maya di China kerana melibatkan dua model mewah yang lain iaitu Porsche Cayenne dan Li Auto L6.
Rakaman kamera papan pemuka Porsche memaparkan kereta asal Eropah itu berada di lorong tengah manakala Xiaomi SU7 Ultra berwarna hijau memandu di lorong kanan.
Bagaimanapun, tindakan Toyota Crown yang menukar lorong kanan di depan SU7 Ultra tanpa menghidupkan signal mengundang kecelakaan.
Akibatnya, Xiaomi SU7 Ultra segera beralih ke lorong tengah tanpa memberikan signal dan mengakibatkan Porsche Cayenne dari arah belakang tidak sempat menekan brek lalu bergerak ke lorong paling kiri.
Akibatnya, Cayenne merempuh bahagian sisi dan belakang SUV Li Auto L6 sebelum melanggar penghadang jalan.
Susulan impak itu, SUV Li Auto berkenaan terbalik di jalan raya. Siapakah yang perlu dipersalahkan atas insiden yang berlaku?.