Isyarat kebakaran, pesawat MH720 mendarat cemas di KLIA

76

Pesawat Malaysia Airlines MH720 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam susulan isyarat kebakaran yang dikesan ketika dalam penerbangan.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, kru penerbangan dari Jakarta ke Kuala Lumpur segera melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sebaik sahaja menerima amaran tersebut. 

Honda

“Langkah berjaga-jaga termasuk penggunaan pemadam api di ruang kargo depan turut diambil bagi mengawal keadaan.

“Pesawat yang membawa 115 penumpang dan tujuh kru itu selamat mendarat pada jam 6.18 petang waktu tempatan,” katanya.

Pesawat berkenaan kemudian diarahkan ke kawasan parkir terpencil dan semua penumpang serta kru berjaya keluar dengan selamat.

“Pasukan bomba dan teknikal turut bersedia untuk menilai keadaan sebelum pintu kargo dibuka,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan panggilan kecemasan daripada pesawat Boeing 737-800 itu diterima jam 6.02 petang.

ARTIKEL LAIN

Insiden kebakaran, Air Busan keluar notis keselamatan berkaitan power bank

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here