Jalan Gua Musang-Lojing dibuka sebelum Aidilfitri

13

Laluan di KM78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di Gua Musang yang sebelum ini ditutup akibat tiga kejadian lubang benam akan dibuka satu lorong kepada kenderaan ringan sebelum 28 Mac ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laluan itu sedang dibaiki dan kemajuannya sudah mencapai 50 peratus.

Honda

Katanya, kos pembaikan untuk lubang benam dan kesan kejadian banjir lumpur yang berlaku di laluan itu dianggarkan berjumlah RM2 juta.

“Syarikat konsesi sedang membina pembetung di kawasan terbabit. Kita jangkakan satu lorong akan dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri ini bagi kemudahan perantau untuk pulang berhari raya.

“Bagaimanapun, semua kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan terbabit sebelum 28 Mac ini sehingga dimaklumkan semula oleh pihak Jabatan Kerja Raya selepas ini,” katanya. 

Tambah beliau, buat masa ini pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh- Cameron Highlands.

Menurutnya, hanya kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal untuk melalui laluan tersebut sementara pembaikian jalan siap sepenuhnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here