Xpeng masuk pasaran Indonesia, pengeluaran tempatan bermula H2 2025

15

Xpeng telah memasuki pasaran Indonesia dan merancang untuk memulakan pengeluaran tempatan di negara Asia Tenggara itu, pada masa sama memacu usahanya untuk berkembang ke luar negara.

Baru-baru ini, syarikat itu memulakan pra-jualan G6 dan X9 di Indonesia dan versi pemasangan tempatan (CKD) akan rasmi di pasaran hujung tahun ini.

Honda

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China itu menjalin kerjasama dengan pengedar Indonesia, Erajaya Active Lifestyle (Eral). 

Xpeng mengumumkan akan memulakan pengeluaran tempatan di Indonesia pada separuh kedua 2025 menjadikan negara Garuda itu sebagai pasaran luar China yang mempunyai kilang Xpeng.

“Sebagai negara paling ramai penduduk di Asia Tenggara dan pasaran automotif terbesar, Indonesia mempunyai potensi besar,” kata Xpeng.

JUALAN NEV INDONESIA 43,000 PADA 2024

XPeng G6 dilancarkan di Malaysia pada Ogos 2024

Jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) di Indonesia meningkat lebih 43,000 unit pada 2024 iaitu peningkatan 150 peratus tahun ke tahun. 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Xpeng berkata Indonesia merancang untuk mengeluarkan 400,000 unit EV pada 2025 dan meningkat kepada 1 juta menjelang 2035.

Di samping itu, Indonesia memperkenalkan beberapa dasar untuk menyokong pembangunan industri NEV, mewujudkan peluang pasaran yang luas untuk syarikat pembuat NEV China, termasuk Xpeng, katanya.

Xpeng melihat Indonesia dan rantau Asia Pasifik sebagai enjin pertumbuhan seterusnya, dan komited untuk membawa lebih banyak penyelesaian mobiliti pintar terdepan kepada pengguna tempatan melalui pengenalan teknologi EV pintar.

Xpeng merancang untuk mengembangkan kehadiran antarabangsanya ke lebih 60 negara dan wilayah tahun ini dan mencapai 50 peratus daripada jualannya dari pasaran luar negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Xpeng kini beroperasi di lebih daripada 30 pasaran antarabangsa dan memiliki dua kilang pemasangan utama di Zhaoqing dan Guangzhou, China. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here