Ekzos bising punca pergaduhan di Satok

34

Lima lelaki berusia 18 hingga 35 tahun ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di Jalan Rubber, Satok, Kuching, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, semua suspek ditahan sekitar bandar raya ini pada jam 1.40 petang tadi.

Honda

Beliau berkata, pergaduhan dua kumpulan lelaki itu yang mencetuskan kekecohan tular di media sosial.

“Kejadian itu dikenal pasti berpunca daripada perbuatan membunyikan enjin dan ekzos kenderaan dengan kuat dan tiada kaitan dengan sebarang isu perkauman atau etnik.

“Setakat ini seramai lima lelaki ditahan berkaitan satu video yang tular di media sosial berdurasi 53 saat memaparkan kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kedai,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here