Kabinet setuju terma dan syarat Ocean Infinity kesan pesawat MH370

16

Terma dan syarat yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi dipersetujui Kabinet.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata dengan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan akan mewakili kerajaan untuk menandatangani perjanjian pencarian dengan syarikat Ocean Infinity.

Honda
Ocean Infinity guna kapal paling canggih dalam pencarian terbaru

“Keputusan Jemaah Menteri ini membolehkan operasi pencarian dasar laut dimulakan bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’,” katanya menerusi kenyataan media. 

Tambah beliau, berdasarkan prinsip itu kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran sekiranya tiada sebarang penemuan bangkai pesawat.

“Fi sejumlah USD70 juta akan dibayar kepada Ocean Infinity sekiranya bangkai pesawat MH370 berjaya dijumpai,” ujarnya. 

Kata Anthony, kerajaan komited meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup kepada keluarga waris penumpang pesawat MH370.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang tanpa jejak sejak 11 tahun lalu.

Kapal terbang MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac 2014 sepatutnya tiba di Beijing, China jam 6.30 pagi waktu tempatan namun hilang tanpa dapat dijejaki. 

Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal dan pencarian Ocean Infinity bermula di dasar Lautan Hindi yang dipercayai menjadi lokasi pesawat pada 22 Januari 2018 dan menamatkan pencarian pada 29 Mei tahun sama.

Tahun lalu, penyelidik Britain dilapor mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat MH370.

Isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat, satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.

ARTIKEL LAIN

Kongsi kereta mangsa MH370 ‘tersadai’ di TikTok, netizen ‘jumpa’ kereta yang sama untuk dijual

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here