
Honda X-ADV 2025, model skuter yang dinanti-nantikan akhirnya tiba untuk pasaran Malaysia.
Model baharu yang dikenali sebagai generasi ketiga (V3) itu masih mengekalkan enjin 745cc 2-silinder SOHC 8-injap dengan penyejukan cecair.
Ia memberikan kuasa maksimum 57.6 hp pada 6,750 rpm dan tork puncak 69 Nm pada 4,750 rpm yang disalurkan ke kotak gear DCT 6-kelajuan.
Ia memastikan penukaran gear lebih lancar dan tanpa hentakan, dengan pilihan mod AT (Automatik) dan MT (Manual).
Ciri Baharu Honda X-ADV 2025
- Cruise Control Berasaskan Human Machine Interface (HMI) – Menjadikan perjalanan jauh lebih santai dan selesa dengan kawalan kelajuan automatik.
- Skrin TFT 5 inci dengan Honda RoadSync – Membolehkan integrasi telefon pintar, navigasi GPS, dan kawalan muzik melalui Bluetooth.
- Lampu LED DRL Baharu dengan Isyarat Terbina Dalam – Reka bentuk lampu depan ‘hidden eye’ yang lebih moden dengan penunjuk arah bersepadu, meningkatkan keselamatan dan gaya.
- Cermin Penghadang Angin Boleh Laras – Pelindung angin 3 peringkat yang boleh disesuaikan dengan satu tangan, memberikan keselesaan maksimum dalam pelbagai keadaan cuaca.
- Throttle-By-Wire (TBW) dengan Mod Tunggang – Sistem elektronik yang mengoptimumkan kuasa enjin, memberikan tindak balas yang lebih halus dan pemanduan lebih lancar.
- Sistem Brek ABS Dua Saluran – Mencegah penguncian roda semasa brek mendadak, memberikan kestabilan dan cengkaman yang lebih baik dalam semua keadaan jalan.
- Sistem Kunci Pintar Honda – Membolehkan penghidupan enjin tanpa kunci, kawalan kunci hendal, akses tempat duduk, dan penutup minyak dengan lebih mudah.
- Tempat Simpanan 22 Liter – Ruang simpanan luas di bawah tempat duduk, boleh memuatkan helmet bersaiz penuh, lengkap dengan port pengecasan USB Type-C dan pencahayaan LED.
- Bahan Mesra Alam Durabio™ – Honda menggunakan biomaterial inovatif dalam rekaan badan motosikal, mengurangkan impak karbon dan meningkatkan ketahanan terhadap calar.
Harga dan Warna
X-ADV 2025 ditawarkan dalam 4 warna membabitkan
- Matte Deep Mud Gray
- Pearl Glare White
- Graphite Black
- Matte Goldfinch Yellow
Ia dijual bermula RM69,999 untuk warna Matte Deep Mud Gray, Pearl Glare White, Graphite Black, manakala Matte Goldfinch Yellow berharga RM 70,999. Harga itu tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Selain itu, ia ditawarkan dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km.