Sistem penyejukan brek Hitachi Astemo gabung tapak fork dan angkup brek dalam struktur tunggal

10

Syarikat pembekal komponen automotif Hitachi Astemo menunjukkan sistem penyejukan brek hadapan terbaharu yang menggandingkan dua komponen menjadi satu struktur tunggal.

Digelar sebagai Harmonized Function Design, Hitachi Astemo membentuk struktur angkup brek hadapan (Nissin) dan tapak fork (Showa) daripada blok aluminium tunggal.

Honda

Menurut Astemo, rekaan terbaharu ini dikatakan 200 g lebih ringan dan 5 peratus berkesan dalam aspek penyejukan.

Ini kerana, tapak fork aluminium itu turut bertindak sebagai ‘heat sink’ untuk memastikan suhu operasi sistem brek pada tahap optimum.

Menariknya, rekaan struktur tapak fork dan angkup brek itu menampilkan bukaan liang aerodinamik menerusi bahagian bawah tapak yang menyalurkan udara terus kepada angkup brek.

Hitachi Astemo turut menunjukkan beberapa varian rekaan, satu daripadanya ialah dengan menambah liang ekstra pada bahagian sisi terus ke angkup brek.

Satu lagi rekaan menunjukkan penambahan plet bersirip untuk mengawal aliran udara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here