Siapa di sebalik pencipta Nissan GT-R yang anda puja selama ini?

20

Nissan GT-R adalah kereta sport hasil keluaran Nissan yang paling ikonik!

Sebut sahaja, tidak kira muda atau tua pasti mengenali jentera sukan ini terutama mereka yang sukakan kelajuan dan reka bentuk yang sporty.

Honda

Ia pertama kalinya diperkenalkan di Jepun pada Disember 2007. Namun, tahukah anda, siapakah yang bertanggungjawab mereka bentuk kereta ini?

Kereta yang hebat ini direka bentuk oleh Shiro Nakamura yang dikira sebagai penyelamat Nissan. Shiro Nakamura yang berkelulusan dalam bidang seni rekaan industri dan seni rekaan kenderaan adalah individu yang bertanggungjawab menaikkan semula nama Nissan.

Nakamura juga individu yang berjaya mengembalikan Nissan yang berada di ambang bankrap ke landasan yang betul pada tahun 1999.

Beliau bertanggungjawab mengubahsuai semula reka bentuk Nissan GT-R baru, Nissan Qashqai yang seiras dengan model X-trail. Individu ini juga yang mencipta kebanyakan reka bentuk model ikonik yang dapat dilihat di Malaysia.

Sebagai contoh, Nissan Juke yang jarang kelihatan di negara ini juga hasil buah fikiran beliau.

Selain itu, Shiro Nakamura menempah nama dalam sebagai seorang pereka paling kreatif di dunia dalam majalah Fastcompany dan berada di kedudukan keempat.

Namun begitu, beliau sudah mengumumkan persaraannya dari Nissan. Kini dia meluangkan masa bermain bass dalam kugiran jazz yang beliau sertai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here