
Bukan mudah nak menggantikan minyak jentera supercars kerana ia memerlukan alat ganti daripada pengedar yang sah.
Video daripada pemilik Royalty Exotic Cars membantu kita untuk memahami mengapa proses ini memakan kos yang tinggi.
Sebagai permulaan, Bugatti Veyron tidak sesuai diangkat dengan cara biasa. Mekanik terpaksa menggunakan bicu roda untuk mengangkat kereta berkenaan.
Banyak Proses Dilakukan
Langkah seterusnya, mereka perlu menanggalkan bampar belakang, panel sisi, liner tayar bahagian dalam dan beberapa lagi aksesori lain. Ini bertujuan memberikan ruang yang cukup bagi melakukan proses menukar minyak.
Penutup tangki minyak dibuka dan kemudian penutup bahagian depan ditanggalkan supaya enjin 8 liter quad-turbocharged W-16 dapat dilihat. Inilah masanya untuk mengeluarkan minyak.
Kereta biasanya hanya mempunyai 1 atau 2 palam saliran tapi Bugatti Veyron mempunyai 16 palam saliran.
Mereka memanaskan enjin bagi mempercepatkan proses mengeluarkan minyak itu.
Menukar minyak bukan satu-satunya proses yang bakal menyebabkan pemiliknya mengeluarkan sejumlah wang yang tinggi. Mengekalkan prestasi Veyron itu sendiri menelan belanja yang besar.
Tahukah anda, proses yang sukar tadi. Pemiliknya perlu membayar kira-kira RM86,000 semata-mata untuk tukar minyak Bugatti Veyron.
Selain itu, kira-kira RM120,000 ($30,000) hanya untuk menukar tayar jentera itu. Selepas penukaran kali ketiga, set tayar yang baru memerlukan petalaan yang memakan harga lebih RM496,000 ($120,000).
Inilah harga yang perlu anda keluarkan sekiranya memiliki jentera supercars.