Kereta tersidai tepi jalan akibat ‘overheat’, ini puncanya…

21

Pada musim perayaan, sudah pasti ramai yang merancang untuk pulang ke kampung halaman.

Namun ketika bersesak untuk pulang, satu keadaan yang sangat tidak ingin dialami pemandu ketika dalam perjalanan adalah apabila lampu pengesan suhu tiba-tiba menyala.

Honda

Ini menunjukkan enjin mengalami kepanasan ekstrem atau pun yang dipanggil ‘overheat’. Banyak sebab terjadinya kepanasan melampau pada enjin dan ia mungkin boleh terjadi apabila terdapat komponen yang tidak berfungsi dengan baik.

Antara komponen yang menjadi punca enjin panas melampau adalah akibat seperti radiator, dinamo mahu pun kipas enjin tidak berfungsi dengan baik.

Justeru itu, bagi mengelak ‘overheat’ pengguna harus memastikan air radiator, radiator dan kipas enjin berfungsi dengan normal.

Sekiranya dinamo kipas enjin sudah mula lemah menyebabkan kipas tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan radiator. Perkara itu juga akan menyebabkan suhu meningkat yang menyebabkan lampu pengesan suhu menyala.

Selain itu, ia mungkin berpunca akibat gasket yang bocor boleh menyebabkan gas dari silinder memasuki sistem penyejukan, meningkatkan tekanan dan suhu enjin.

Malah, tali sawat yang rosak boleh menghalang pergerakan komponen penting seperti pam air dan kipas radiator, menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi dengan baik.

Sekiranya terjadi kepada anda, jangan panik. Perkara yang anda perlu lakukan ialah mencari tempat yang sesuai untuk berhenti dan matikan enjin selama 15-20 minit.

Enjin kereta overheat
Enjin kereta overheat

Sekiranya terjadi kepada anda, jangan panik. Ikut langkah mengatasi Enjin Overheat:

  • Berhenti dan Matikan Enjin: Jika suhu enjin meningkat secara mendadak, segera berhenti di tempat yang selamat dan matikan enjin untuk mengelakkan kerosakan lanjut.

  • Periksa Tahap Cecair Penyejuk: Setelah enjin sejuk, periksa tahap cecair penyejuk dan tambah jika perlu.

  • Periksa Kipas Radiator dan Komponen Lain: Pastikan kipas radiator berfungsi dengan baik dan tiada kebocoran atau kerosakan pada komponen sistem penyejukan.

  • Dapatkan Bantuan Profesional: Jika masalah berterusan, bawa kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan dan pembaikan lanjut.

Pencegahan

  • Penyelenggaraan Berkala: Lakukan servis berkala untuk memastikan semua komponen sistem penyejukan berfungsi dengan baik.

  • Pemeriksaan Sendiri: Periksa tahap cecair penyejuk, keadaan tali sawat, dan fungsi kipas radiator secara berkala untuk mengesan masalah sebelum menjadi serius.

Dengan memahami punca-punca enjin overheat dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai, anda dapat memastikan kenderaan anda beroperasi dengan lancar dan mengelakkan kerosakan yang mahal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here