
Penglibatan Elon Musk dan kontroversi dalam kerajaan Amerika, memberi kesan kepada jenama kenderaan elektrik (EV) Tesla.
Rakyat Amerika melakukan gangguan kepada pemilik Tesla dan vandalisme bilik pameran serta kenderaan elektrik tersebut.
Situasi itu mungkin menyumbang kepada kejatuhan nilai jualan semula dan minat terhadap kenderaan Tesla terpakai di negara tersebut.
Selain itu, saham Tesla juga merekodkan kerugian sejak pilihan raya selain berdepan persaingan sengit kenderaan China dan jualan yang merosot di Eropah.
Walaupun rekod harga rendah untuk Tesla terpakai dan iklan terkenal Presiden Amerika Syarikat, EV tersebut mengalami kesukaran mencari pembeli, menurut tinjauan Mac dari Cars.com.
Carian untuk Tesla terpakai menurun 16 peratus sepanjang bulan lalu, manakala permintaan untuk jenama EV terpakai yang lain meningkat 28 peratus sepanjang 2024.
Ia bukan hanya carian internet, platform jualan online kereta, CarGurus mendapati harga Tesla terpakai susut nilai lebih daripada dua kali ganda kadar purata harga kereta terpakai.
CYBERTRUCK PALING TERUK JATUH HARGA
Cybertruck mengalami penurunan harga paling teruk berbanding model Tesla yang lain dengan nilai jualan semula 58 peratus lebih rendah daripada harga asal, menurut CarGurus.
Pemilik Tesla yang ingin menjual EV mereka turut mengalami kesukaran mencari pembeli apatah lagi mendapatkan harga yang berpatutan.
Sesetengah pemilik Tesla mula rasa menyesal di tengah laporan vandalisme dan protes terhadap Musk, serta perasaan peribadi mereka terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu.
“Saya akan terus jual jika ada yang tawar pada harga berpatutan, tetapi kemungkinan ia tidak akan berlaku,” kata pemilik Tesla, Pam Perkin.
Jennifer Trebb, dari Ohio yang menjual Tesla Model Y miliknya beberapa minggu lalu kerugian USD18,000 hingga USD20,000 (RM79,668-RM88,520).
“Nilai kereta susut banyak dalam tempoh singkat dua tahun saya memilikinya. Ia hanya mempunyai 10,000 batu,” katanya.
Masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada politik Musk telah memberi kesan kepada jualan Tesla baharu di Amerika dan terdapat banyak sebab mengapa pelanggan boleh berpaling daripada Tesla.
LEBIH BANYAK PERSAINGAN
Permintaan Tesla terpakai telah menurun sejak musim panas lalu selepas kemuncak minat jenama tersebut pada Mei 2024. Ini kerana lebih banyak inventori dan Cybertrucks memasuki pasaran terpakai, kata Penganalisis Cars.com, David Greene.
Salah satu sebab utama minat terhadap Tesla semakin pudar bukanlah kerana politik sebaliknya persaingan yang meningkat. Kiraan Cars.com mendapati sebanyak 76 model EV terpakai di pasaran pada Februari, berbanding 58 unit pada tahun sebelumnya.
Pasaran kereta terpakai mengikuti pasaran baharu yang mana Tesla juga memulakan pemotongan harga untuk bersaing dengan lebih baik.
“Jika pengedar kereta memiliki EV terpakai mereka tidak boleh menjualnya pada harga tinggi sama seperti yang anda boleh miliki minggu lalu apabila anda tahu semua jenama menawarkan diskaun bagi kereta baharu mereka,” kata Greene.
Greene juga berkata kira-kira 70 peratus daripada EV baharu telah dipajak, bermakna sekumpulan Tesla terpakai memasuki pasaran pada masa yang sama.
“Kenderaan elektrik cenderung susut nilai 11 peratus lebih cepat daripada kereta petrol.
“Ini kerana pelanggan cenderung untuk menganggap EV lebih sebagai teknologi daripada pengangkutan mudah, dan mereka lebih bimbang tentang kesihatan bateri,” jelasnya.