
Tesla memanggil balik Cybertruck di Amerika Syarikat susulan masalah panel badan yang berisiko tertanggal.
Menerusi siasatan terbaru Tesla, ia melibatkan sekeping lajur rel (cant rail) iaitu trim hiasan yang menutupi atap bumbung kenderaan.
Panel yang tertanggal itu boleh mendatangkan bahaya di jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan.
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), kempen panggil balik itu melibatkan 46,096 unit Cybertruck model 2024 dan 2025 dengan tahun pengeluaran 13 November 2023 hingga 27 Februari 2025.
Susulan itu, pemasangan komponen baharu akan menggunakan pelekat lebih baik dan stad yang dikimpal pada panel tahan karat dengan nat mengapit panel keluli pada struktur kenderaan.
Tesla memberitahu NHTSA telah menerima kira-kira 150 tuntutan daripada pemilik namun tiada sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan berkaitan isu tersebut.