Utama Berita Automotif Berita Tempatan Sanggup panjat lori betulkan kabel, tindakan polis trafik ini dipuji netizen

Sanggup panjat lori betulkan kabel, tindakan polis trafik ini dipuji netizen

54

Satu video yang tular di media sosial TikTok memaparkan tindakan berani seorang anggota polis trafik yang sanggup memanjat lori untuk membetulkan kabel yang berselirat.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna @Erywahab itu, tindakan pantas polis tersebut disifatkan sebagai adiwira ‘Trafficman’ kerana mahu memastikan kabel tersebut tidak menghalang laluan kenderaan lain.

Honda

Kebanyakan reaksi netizen memuji aksi berani abang polis tersebut, dan dalam masa yang sama ada yang komen memberikan peringatan tentang aspek keselamatan.

“Abang telah selamatkan nyawa pengguna jalan raya lain, terutama rider. Sebab wayar ini, nyawa boleh melayang,” kata @Rizuwanrosly.

“Tahniah kerana membantu, tapi fikirkan keselamatan diri juga. Wayar macam itu jangan pandang rendah, pakai sarung tangan untuk langkah berjaga-jaga,” komen @Faizalmacam2.

Sementara itu, ada yang berpendapat keberanian anggota polis trafik itu layak diketengahkan dalam dunia lakonan.

“Aksi yang mendebarkan. ‘Production’ boleh serap masuk abang ini jadi pelakon aksi,” ujar @Ridzuan_rafika.

 

@erywahab Memperkenalkan Adiwira MARVEL terbaru iaitu Trafficman 😅, cakap je tugas ape yang Polis Trafik xboleh buat. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana membantu dan memberi bekerjasama. #Trafikserbaboleh #abamserbaboleh #marvel #superhero ♬ Marvel Studios Fanfare – Geek Music

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here