Suzuki sedang bangunkan GSX-8S versi retro?

35

Suzuki dilapor sedang membangunkan sebuah model motosikal stail retro kelas pertengahan yang dapat menyaingi model retro moden seperti Yamaha XSR700 dan Kawasaki Z650RS.

Platform parallel-twin Suzuki yang ada pada ketika ini sudah pun mempunyai ahli yang terdiri daripada sportbike, naked bike serta motosikal adventure.

Honda

Jadi, tidak salah untuk Suzuki memanfaatkan platform sedia ada untuk menghasilkan sebuah jentera retro yang dapat menampilkan elemen warisan sejarah pengeluar tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Suzuki menggunakan pendekatan retro untuk menawarkan sesuatu yang baharu.

Suzuki sebelum ini menggunakan asas GSX-S1000 untuk menghasilkan model GSX-S950 bagi pasaran Eropah, diikuti sport-tourer GSX-S1000GT, crossover-tourer GSX-S1000GX dan model retro GSX-S1000S Katana.

Platform GSX-8 yang lebih moden dan terbukti itu ternyata lebih sesuai digunakan untuk projek retro terbaharu ini, berbanding platform v-twin SV650 yang sudah sangat berusia dan tidak dapat mematuhi peraturan emisi semasa.

Satu persoalan yang timbul ialah pendekatan rekaan yang bakal digunakan oleh Suzuki untuk model baharu ini.

Adakah Suzuki akan menggunakan elemen tahun 70-an dengan lampu bulat seperti yang wujud pada Kawasaki Z650RS dan Yamaha XSR700, atau menggunapakai rekaan Katana yang lebih tajam?

Apa pendapat anda? Yang mana satu patut digunakan oleh Suzuki untuk model retro terbaharu mereka? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here