
Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan Honda CBR150R 2025 dengan warna baharu yang lebih menarik, diinspirasikan daripada DNA perlumbaan ikonik Honda seperti model CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.
Honda CBR150R itu hadir dalam Honda Tricolor, iaitu liveri yang menyerlah dan direka khas bagi menghormati warisan sukan permotoran Honda. Warna ini melambangkan semangat kelajuan dan persaingan yang menjadi teras kepada jenama Honda.
Bagi mereka yang mahukan gaya yang lebih berani dan unik, pilihan warna Silver menawarkan gabungan rekaan badan yang anggun dengan warna aksen yang menyerlah, memberikan keseimbangan sempurna antara sofistikasi dan prestasi.
Meter Digital Penuh
Motosikal ini menampilkan panel meter digital penuh serta sistem pencahayaan LED sepenuhnya, memberikan penampilan sporty yang lebih moden serta penglihatan optimum ketika menunggang. Kapasiti tangki bahan api pula sebesar 12 liter.
Honda CBR150R dilengkapi enjin 150cc, sejukan cecair, DOHC 4-injap. Enjin itu mampu menghasilkan 16hp pada 9,000 rpm serta tork 13.7Nm pada 7,000 rpm.
Selain itu, motosikal ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serta Assist & Slipper Clutch, membolehkan tunggangan yang lebih lancar dan responsif.
Untuk kawalan yang lebih stabil dan selamat, Honda CBR150R turut didatangkan dengan:
- Sistem brek ABS dwi-saluran (Dual-channel ABS)
- Suspensi hadapan terbalik (Inverted front suspension)
- Brek cakera depan dan belakang
- Sistem Isyarat Berhenti Kecemasan
Honda CBR150R boleh didapati di semua IMPIAN X dan pengedar sah Honda di seluruh harga bermula RM13,399, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Boon Siew Honda menawarkan jaminan pengilangan selama dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang terdahulu.