Sinopsis Video Raya Motoqar 2025: Kembalinya Hati ke Kampung

12

Seperti tahun sebelum ini, Motoqar akan menyiarkan satu video raya untuk tontonan semua.

Video kali ini mengisahkan perjalanan Erywan, seorang anak yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri, selepas pemergian ibunya beberapa tahun lalu. 

Honda

Ketika ibunya masih hidup, Erywan tidak pernah menghargai dan menganggap setiap kali ibunya menghantar pesanan audio dengan mengharapkan dia pulang, sebagai beban kepada dirinya.

Suara ibu dalam video ini, menerima ‘sentuhan’ daripada selebriti terkenal iaitu Khatijah Tan. Ternyata suaranya memberi impak, sebagai seorang ibu yang tidak putus asa dengan mengharapkan kepulangan anaknya untuk menyambut Aidilfitri bersama.

Namun selepas pemergian ibunya, barulah Erywan sedar dan menyesal apa yang dia lakukan terhadap ibunya ketika masih hidup.

Akibat rindu, Erywan mencari dan memainkan semula pesanan suara ibunya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk melawat kubur ibunya. Erywan rasa menyesal dengan perbuatannya dengan menjawab pesanan audio ibu secara kasar serta kurang ajar ketika ibunya masih hidup.

Saksikan video ini dan berharap ia memberi pengajaran supaya kita lebih menghargai ibu bapa ketika mereka masih hidup!

“Jarak yang jauh takkan menghapus kasih sayang ibu, tetapi penyesalan hanya datang apabila waktu sudah terlewat. Rayakan Aidilfitri dengan penuh makna, hargai yang tersayang selagi ada. Setiap kata-katanya adalah doa untuk kamu.”

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here