Proton bakal lancar model EV kedua tahun ini

85

Proton bakal melancarkan kereta elektrik keduanya tahun ini selepas e.MAS 7.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah mengesahkan kemunculan model EV tersebut pada majlis previu drama raya pendek Proton, baru-baru ini.

“Bateri akan didatangkan bersama kereta tersebut,” katanya berseloroh tanpa mendedahkan maklumat terperinci Proton e.MAS baharu tersebut.

Pada majlis tersebut, Roslan Abdullah mendedahkan tempahan e.MAS 7 mencapai 5,000 unit dan versi pemasangan tempatan (CKD) dijadualkan pada hujung tahun ini dari kilang EV, Tanjong Malim.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong mendedahkan kehadiran Proton e.MAS baharu awal tahun ini.

e.MAS 5 BERASASKAN GEELY XINGYUAN

Walaupun identiti masih disembunyikan, rata-rata mengandaikan EV kedua itu adalah e.MAS 5 yang berasaskan Geely Xingyuan.

Sekiranya dakwaan tersebut sahih, hatchback elektrik berkenaan menjadi model lebih kecil dan mampu milik yang akan bersaing dengan Perodua EV baharu.

Geely Xingyuan merupakan model terlaris Januari lalu di China dan pada hujung Februari pihak pengeluar mengumumkan keluaran ke 100,000 unit EV tersebut.

Ia didatangkan dengan lima pilihan varian di China dengan dimensi panjang  4,135mm, lebar (1,805mm) dan tinggi (1,570 mm) serta jarak roda 2,650mm.

Menggunakan platform GEA Geely, kuasa datang daripada motor elektrik belakang menerusi dua pilihan versi 78hp dan 114hp yang kemudian dipadankan dengan pek bateri litium iron fosfat 30.12 kWh dan 40.16 kWh dari CATL.

Bateri tersebut menawarkan jarak perbatuan masing-masing 310km dan 410km (CLTC) manakala jarak kelajuan maksimum adalah 135kmj. 

Selain itu, kebarangkalian kedua adalah model versi e.MAS 7 PHEV selepas mengambilkira  pendaftaran tanda dagangan MyIPO oleh Proton tahun lalu. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here