
Laman bidaan RM Sotheby’s menyenaraikan enam unit Porsche 911 ‘serba baharu’ untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat.
Kesemua enam unit Porsche 911 generasi 991.2 itu terdiri daripada:
• GT3 Touring
• 911 R
• GT3 RS
• GT3
• GT3 Cup
• GT3 Cup R
Kenapa kami sebut ‘serba baharu’? Kerana setiap satu jentera yang disebutkan itu tadi memiliki jarak perbatuan kurang 50 km pada odometer.
Keenam-enam Porche 911 itu akan dijual dalam satu lot sahaja, di mana ia akan disertakan sekali dengan sebuah trak MAN TGX 18.640 2019 yang lengkap dengan trailer pengangkut Rolfo Auriga!
Ibarat set permainan Hot Wheels bersaiz penuh di dalam dunia sebenar.
Dua daripada 911 tersebut dibina eksklusif untuk kegunaan litar, iaitu GT3 Cup dan GT3 Cup R.
Dua lagi merupakan unit 911 yang agak terhad pernah dihasilkan, iaitu GT3 RS ‘Weissach’ yang membawakan pakej lengkap Clubsport dan 911 R yang merupakan unit ke-698 daripada 991 unit yang dihasilkan.
Harga bidaan bagi kesemua unit Porsche 911 berserta trak MAN tersebut tidak didedahkan buat masa ini.