Proton lancar e.MAS 7 di Nepal, harga RM184k

65

Proton e.MAS 7 rasmi dilancarkan di Nepal menerusi dua pilihan varian iaitu Prime dan Premium pada harga NPR 5.699 juta (about RM184,447) dan NPR 6.799 juta (RM220,048). 

Sama seperti Malaysia, e.MAS 7 di Nepal didatangkan dengan bateri LFP 49.52 kWh yang mana pengecasan penuh menawarkan jarak perbatuan sejauh 345km (WLTP) dan kapasiti bateri 60.22 kWh pula 410km (WLTP).

Kereta elektrik (EV) pertama nasional itu melakukan siri jelajah bermula 21 Februari hingga 14 Mac melintasi semua tujuh wilayah dengan 18 lokasi henti di Nepal, termasuk tempat-tempat terkenal seperti Janakpur, Birtamod dan Itahari.

Melalui media sosial, kempen itu berjaya menarik penglibatan orang ramai, sekaligus meningkatkan jumlah pengikut media sosial kepada lebih 27,000 pada awal Mac.

Sementara itu, pengedar sah Proton di Nepal, Jagdamba Motors Pvt Ltd, sedang aktif mengembangkan rangkaian pengedarnya.

Buat masa ini, tiga pengedar beroperasi dengan rancangan untuk memuktamadkan perjanjian bersama 12 pengedar di seluruh negara menjelang akhir 2025.

Demi ketenangan minda pemilik, syarikat itu juga merancang untuk membangunkan infrastruktur pengecasan dan membina jaringan pusat servis yang kukuh di seluruh negara. 

Sepanjang empat tahun lalu, kadar penembusan EV di Nepal meningkat dari 6 peratus TIV pada 2021 kepada 73 peratus pada 2024, iaitu peningkatan sembilan kali ganda dari 1,138 unit ke 10,794 unit.

“Nepal hanyalah permulaan. Rancangan sedang berjalan untuk memperkenalkan Proton e.MAS 7 ke pasaran antarabangsa lain bagi menyokong cita-cita pertumbuhan global jenama tersebut.

“Pada masa akan datang, kami akan memperkenalkan model EV kami ke Trinidad & Tobago, Mauritius dan juga Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here