BSH perkenal Honda NSS250 (2025), harga RM25k

66

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan skuter Honda NSS250 (2025) pada harga cadangan RM25,888.

Skuter maksi itu masih lagi menggunakan enjin 249.5cc SOHC eSP+ yang menghasilkan kuasa 22.8hp @ 7,750rpm dan tork 24Nm @ 6,250rpm.

Model 2025 didatangkan dengan dua pilihan warna badan baru iaitu Pearl Jubilee White dan Pearl Shining Black di samping tiga warna sedia ada. 

Selain itu, Honda turut menawarkan panel meter TFT bersaiz 5-inci baru dengan fungsi Honda RoadSync yang mana penunggang boleh mengakses navigasi, panggilan dan muzik dengan mudah melalui fon kepala topi keledar yang disambungkan melalui Bluetooth.

Berikut ciri peralatan yang didatangkan pada Honda NSS250:

  • Dilengkapi visor angin boleh laras elektrik sehingga 180mm
  • Pencahayaan LED
  • Kunci pintar Honda Smart Key (HSK)
  • Suspensi teleskopik 33mm (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang)
  • Rim 15 inci (depan) dan 14 inci (belakang) 
  • Dilengkapi kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Ruang simpanan bawah pelana luas yang boleh diasingkan untuk topi keledar, peralatan hujan atau beg bersaiz A4
  • Poket fairing depan yang boleh dikunci menyediakan storan tambahan dan menempatkan port pengecas USB-C untuk kemudahan semasa dalam perjalanan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here