Yamaha XSR125 dapat pilihan warna retro di Jepun

25

Tidak sah penawaran motosikal retro tanpa pilihan warna yang bertepatan dengan tema yang dibawakan.

Di Jepun, Yamaha mengemas kini penawaran model XSR125 dengan pilihan warna retro baharu, iaitu Light Bluish Gray Metallic 9 yang mengingatkan kita pada generasi pertama XSR900.

Satu lagi warna baharu ialah Berry Dark Orange Metallic 1 yang lengkap dengan decal emas untuk penampilan vintaj yang lebih cool di atas jalan raya.

Tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi asal, bermakna Yamaha XSR125 ini masih lagi kekal dengan enjin silinder tunggal 124 cc yang mampu menghasilkan 15 PS @ 10,000 rpm dan daya kilas 12 Nm @ 8,000 rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik dan lengan ayun, sementara aspek pemberhentian pula menggunakan sistem brek cakera tunggal depan dan belakang.

XSR125 menawarkan tinggi pelana 810 mm, dan kapasiti tangki bahan api sebesar 10 liter dengan kadar penggunaan bahan api 49.4 km/liter.

Yamaha XSR125 dijual pada harga bermula 460,000 yen (RM13,559).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here