SYM ADXTG 400: Sah masuk Mei ini, harga bawah RM30,000!

546

Tiada lagi rahsia! SYM ADXTG 400 sah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada Mei ini. 

Itulah yang dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MForce Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad sempena majlis berbuka puasa serta melancarkan dua model motosikal baharu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa harga anggaran di bawah RM30,000. Jadi kehadiran motosikal ini, anda bukan lagi mampu tengok, tetapi mampu beli untuk skuter adventure!

Bentuk SYM ADXTG 400 terinspirasi daripada harimau bertaring tajam, menampilkan garis-garis tajam dan lampu LED yang menyerupai mata tajam pemangsa.

Ia menggunakan enjin silinder tunggal 399cc dengan sistem penyejukan cecair, ADXTG 400 dilengkapi teknologi Hyper Variable Valve System (Hyper-VVS) yang mengoptimumkan prestasi dan kecekapan bahan api.

Enjin itu mampu menghasilkan 35hp dan 37Nm yang mana kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menggunakan rantai. Bukan tali sawat (belt)!

Menggunakan casis yang direka khas untuk ketahanan, skuter ini dilengkapi dengan sistem suspensi multi-link dan lengan ayun bebas, memberikan kestabilan dan kawalan yang unggul di pelbagai jenis permukaan jalan.

Pelindung tangan dan penghadang angin tinggi turut disertakan secara standard disamping slot pengecas USB. 

ADXTG 400 mempunyai beberapa mod membabitkan:

  • Mod On Road
  • Mod Off Road 

Bagaimanapun, apa yang diterangkan di atas adalah berdasarkan spesifikasi luar negara. Untuk pasaran tempatan, tunggu sahaja pengumuman Motoqar nanti!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here