
Peugeot Malaysia menyerahkan dua unit Peugeot 408 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan penilaian bagi melihat sama ada ia sesuai untuk tugasan rondaan.
Model yang dipinjam kepada pasukan peronda itu adalah varian Allure tanpa mendedahkan tempoh pinjaman.
Peugeot 408 diperkenalkan ke pasaran tempatan April lalu menerusi enjin 1.6 liter Puretech turbo berkuasa 218PS @ 5,750 rpm dan tork 300Nm @ 2,000 rpm. Penghantaran kuasa ke roda depan disalurkan melalui transmisi automatik 8- kelajuan.
Buat masa ini armada kenderaan peronda polis terdiri daripada 425 unit Honda Civic 1.8 yang diserahkan secara berperingkat pada 2020.
Kenderaan yang dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih itu, disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020.
Selain Honda Civic, PDRM turut menggunakan SUV segmen-C Proton X70 sebagai kereta peronda.