Juruterbang terlupa bawa pasport, pesawat terpaksa buat pusingan U

58

Sebuah penerbangan United Airlines dari Los Angeles ke Shanghai terpaksa berpatah semula, pada Sabtu selepas juruterbang menyedari tidak membawa pasport.

Penerbangan 198, membawa 257 penumpang dan 13 anak kapal, berlepas dari Los Angeles sekitar jam 1.47 tengah hari (waktu tempatan).

Lapangan terbang San Francisco

Kira-kira dua jam dalam perjalanan rentas pasifik, pesawat itu melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco yang mana ia mendarat sejurus selepas jam 5 petang, menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware.

United Airlines mengesahkan kejadian tersebut kepada USA TODAY dan pihak syarikat  menyediakn kru baharu untuk membawa penumpang ke destinasi mereka pada petang itu.

Syarikat penerbangan turut memberikan baucar makanan dan pampasan. 

Penerbangan ganti itu meninggalkan San Francisco sekitar jam 8:30 malam dan mendarat di Shanghai kira-kira enam jam lewat dari jadual.

Yang Shuhan, seorang penumpang dalam perjalanan pulang ke China dari urusan perniagaan berkongsi dia mendengar suara juruterbang yang sangat kecewa melalui interkom, mengakui dia “terlupa pasportnya”.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here