
Seorang penunggang motosikal ditemui maut selepas terjatuh ke dalam lubang benam di bandar terbesar Korea Selatan.
Lubang benam yang dianggarkan sekitar 65 kaki lebar dan 65 kaki dalam itu muncul di persimpangan kejiranan Myeongil-dong di timur Seoul pada petang Isnin sebelum menelan mangsa dan mencederakan pemandu van wanita, kata pegawai kepada Associated Press.
Penunggang motosikal yang berusia 30-an ditemui sebelum tengah hari pada Selasa, kata pegawai penyelamat, Kim Chang Seob.
Kim berkata lelaki itu ditemui memakai topi keledar bersama but motosikal, dan pekerja penyelamat menemui motosikal buatan Jepun serta telefon bimbitnya sebelum mencapai badan mangsa.
Pasukan penyelamat mengambil masa hampir 18 jam untuk mencari mangsa kerana mereka terpaksa mengepam air dan menggali tanah serta serpihan lain.
Kim menambah penyelamat menggunakan jengkaut, penyodok dan peralatan lain dalam operasi mencari mangsa.
Punca lubang benam masih dalam siasatan dan beliau berkata pemandu van hanya mengalami kecederaan ringan.
View this post on Instagram