Menyamar jadi penumpang, JPJ Kedah kesan empat kesalahan pemandu bas

44

Tiga pemandu bas ekspres melibatkan dua syarikat bas dikesan melakukan kesalahan pada hari pertama Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025, di Kedah, kelmarin.

Antara kesalahan itu adalah memotong di garisan berkembar, memotong kenderaan di garisan lurus dan putus-putus serta menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, mereka dikesan melakukan kesalahan itu susulan penyamaran yang dilakukan anggota di dalam bas tersebut.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama pemandu kedua sebuah bas berusia 27 tahun dikesan menurunkan penumpang di tempat tidak sepatutnya pada jam 4 pagi semalam.

Katanya, bas tersebut dalam perjalanan membawa penumpang dari Alor Setar menuju ke Kelantan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Darat (Apad) 2010 yang boleh didenda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih daripada RM500,000.

“Dia juga didapati melakukan kesalahan memotong di garisan berkembar yang boleh dikompaun RM300.

“Dalam pada itu, seorang lagi pemandu bas yang sama berusia 34 tahun dikesan memotong di garisan berkembar, memotong kenderaan di garisan lurus dan putus-putus pada 11.45 malam dan dikenakan kompaun RM300 bagi setiap kesalahan itu,” katanya.

Menurut Stein, pemandu sebuah lagi bas yang dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Sungai Petani dikesan melakukan kesalahan menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan pada 7.10 pagi kelmarin.

“Pemandu berusia 29 tahun itu diambil tindakan mengikut Seksyen 22(3) Apad 2010,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here