
Proton Saga MC3 facelift dikesan sekali lagi sedang menjalani ujian enduran dan kali ini dilihat di Lebuhraya Persekutuan.
Imej intip sedan berkenaan dikongsi oleh King Wong di grup Facebook paultan.org Automotive/Car discussion group.
Pada imej berkenaan mendedahkan bahagian lampu dan gril tanpa kamouflaj yang mana kedua-dua komponen tersebut masih mengekalkan rekaan model MC2. Turut terlihat adalah kamera ADAS yang diletakkan pada cermin atas.
Manakala bahagian belakang ditutupi sepenuhnya dengan kamouflaj yang mana menampakkan sedikit bahagian lampu yang dipercayai tampil dengan rekaan baharu.
Kemungkinan Saga menerima platform berbeza iaitu platform AMA seperti dinyatakan oleh Proton sebelum ini.
Saga telah berusia sembilan tahun dengan dua model facelit pada 2019 dan 2022.