E-Mutiara gantung tugas pemandu bas memotong di garisan berkembar

84

Syarikat bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) menggantung tugas pemandunya selepas dikesan memandu secara berbahaya dengan memotong di kawasan garisan berkembar di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Kota Bharu, kelmarin.

Pengerusinya, Che Ibrahim Che Ismail berkata pihak syarikat akan membuat keputusan lanjut selepas siasatan berhubung kes tersebut siap sepenuhnya.

Gambar hiasan

Menurutnya, tindakan segera dilakukan oleh pihak pengurusan selepas melihat dan mendapati video tindakan pemandu bas E-Mutiara memotong di garisan berkembar tular di media sosial.

“Pemandu bas itu berusia dalam lingkungan 40-an dan sudah berkhidmat dengan syarikat E-Mutiara sejak lebih setahun lalu.

“Pemandu tersebut sudah membuat rayuan atas kesalahannya itu, namun namun pihak syarikat sudah mengambil tindakan terhadapnya,” katanya. 

Che Ibrahim memberitahu, beliau juga sudah menghubungi Ketua Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan agar menggantung atau membatalkan lesen pemandu yang tidak mengikut peraturan sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pengguna jalan raya.

Terdahulu, tular satu video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan tindakan pemandu bas ekspres E-Mutiara yang memandu dalam keadaan berbahaya apabila memotong di garisan berkembar.

Keadaan itu menyebabkan ramai yang mengecam tindakan pemandu bas tersebut yang dilihat membahayakan nyawa penumpang dan pengguna jalan raya lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here