Jaecoo J8 previu di Malaysia, dua pilihan varian pada anggaran harga RM195k

59

Jaecoo Malaysia mempertontonkan dan mendedahkan spesifikasi SUV segmen D, J8 untuk pasaran tempatan. 

Buat masa ini tanda harga rasmi masih belum diumumkan yang mana SUV itu ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu J8 2WD (5-kerusi) pada anggaran harga RM195,000 dan J8 AWD (6-kerusi) sekitar RM220,000.  

Berikut informasi ringkas tentang Jaecoo J8 :

  • Dimensi panjangnya adalah 4,820 mm, lebar (1,930 mm) dan tinggi (1,699 mm) serta jarak roda 2,820 mm. 
  • Dikuasakan enjin 2.0 liter turbo 4-silinder dengan kuasa 245hp dan tork 385Nm bersama transmisi 8-kelajuan automatik.
  • Varian tertinggi mampu mencapai kelajuan maksimum 200kmj dengan pecutan 0-100kmj hanya dalam tempoh 9 saat di samping dilengkapi dengan suspensi adaptif Kawalan Redaman Berterusan (DCC).
  • Ciri peralatan lain ditawarkan adalah paip ekzos berkembar, tangki minyak bersaiz 65 liter, dua skrin 12.3-inci (kluster instrumental digital dan skrin hiburan), kamera panorama 540 darjah serta saiz but 738 liter (2WD) dan 200 liter (AWD).
  • J8 2WD menampilkan sistem audio 12 pembesar suara jenama Sony, enam beg udara, pencahayaan ambien dan kemasan kulit upholsteri.
  • J8 AWD pula mendapat 14 pembesar suara jenama Sony, termasuk pembesar suara yang dipasang di bahagian perehat kepala, 10 beg udara, pintu berkuasa dan sistem pewangi automatik serta Near Field Communication (NFC).
  • Untuk keselesaan tambahan, tempat duduk barisan depan dan kedua dikuasakan elektrik dengan fungsi urut. Bahagian kabin juga dilengkapi dengan upholsteri kulit tulen dan hiasan panel suede.
  • Dilengkapi dengan perakam video digital (DVR) binaan dalam serta fungsi keupayaan parkir kereta secara automatik. 
  • Varian AWD mendapat dua pilihan tona warna dengan bumbung hitam dan pilihan warna badan sama seperti 2WD iaitu Carbon Crystal Black, Khaki White dan Olive Grey.
  • Keupayaan meredah air sedalam 450mm yang serasi untuk pengembaraan lasak.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here