Kerajaan beri diskaun 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri

222

Kerajaan Madani mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat serta memastikan kelancaran perjalanan sepanjang musim perayaan.

“Pemberian diskaun tol ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam 29 Mac 2025 (Sabtu).

“Implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Madani dianggarkan sebanyak RM19.69juta sebagai bayaran pampasan kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, diskaun tol akan diberikan hanya kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

ARTIKEL LAIN

Pakar : Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here