Ducati Panigale V4 Tricolore – hanya 163 unit sahaja, semua habis terjual!

28

Ducati memperlihatkan sebuah lagi model edisi terhad Panigale V4 Tricolore untuk direbut oleh para peminatnya.

Pengenalan model ‘rare’ ini merupakan satu penghormatan kepada kejayaan pasukan perlumbaan Ducati di GP Itali pada 2 Jun 2024 meraih dua kedudukan teratas menggunakan jentera Ducati Desmosedici yang dilayangkan liveri Tricolore.

Lebih istimewa, kejayaan tersebut diraikan serentak dengan Hari Republik Itali yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama.

Menggunakan asas daripada Ducati Panigale V4 S, Panigale V4 Tricolore ini mendapat kelengkapan khusus, seperti angkup brek Brembo GP4 Sport Production dan rotor 338.5 mm seperti yang digunakan oleh jentera lumba WSBK – pertama kali digunakan untuk sebuah motosikal produksi.

Selain itu, ia turut mendapat rim gentian karbon yang jauh lebih ringan berbanding rim aloi standard, selain menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik.

Ciri lain termasuklah tempat pemijak kaki daripada aluminium serta plet nombor siri aluminium yang menampilkan nama model, unit produksi, profil litar dan rekod pusingan yang dicatatkan oleh pelumba Bagnaia.

Setiap pemilik boleh mendapatkan sut perlumbaan edisi terhad yang diperbuat daripada kulit kanggaru yang menampilkan warna liveri yang serupa.

Namun, berita kurang enak, hanya 163 unit sahaja Panigale Tricolore yang akan diproduksikan, dan kesemua unit sudah pun habis terjual.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here